Protes Petani India Merebak Ke Seluruh Negara Terus Peningkan Kepala Modi

0
(0)

NEW DELHI, 28 Sep – Petani di India yang memulakan tunjuk perasaan di New Delhi setahun lalu membantah undang-undang liberalisasi sektor pertanian, kini memperluaskannya ke seluruh negara itu.

Selama 10 bulan, puluhan ribu petani ‘berkampung’ di New Delhi, sekali gus menyekat semua jalan utama di ibu negara itu bagi mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang baru itu.

Ini adalah protes terpanjang terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi, dan kini diperluaskan ke seluruh negara dengan hampir 1.4 bilion penduduk itu.

Pemimpin protes petani yang terkemuka, Rakesh Tikait, berkata ribuan petani akan melakukan demonstrasi di segenap pelosok negara itu.

“Mogok ini bertujuan memberi amaran kepada kerajaan supaya membatalkan undang-undang yang memihak kepada syarikat swasta besar,” katanya.

Di bandar satelit Noida, sekumpulan petani bersemuka dengan pihak polis dan saling tolak menolak untuk melepasi benteng penghadang.

Senario yang sama dilaporkan berlaku di serata India sempena ulang tahun pertama undang-undang kontroversi itu diluluskan, namun setakat ini tiada laporan mengenai sebarang kekecohan, kecederaan atau tangkapan diterima.

Hampir 12 parti pembangkang di India menyokong tunjuk perasaan yang bertujuan meningkatkan lagi tekanan kepada kerajaan bagi membatalkan undang-undang berkenaan.

Undang-undang yang diperkenalkan pada September tahun lalu itu, membatalkan kawal selia membabitkan sektor pertanian dan membenarkan petani menjual hasil kepada mana-mana pembeli.

Sebelum ini, harga pasaran bagi hasil tani dikawal selia kerajaan yang menetapkan harga minimum atau maksimum menerusi pasar borong, sekali gus memastikan petani mendapat harga terbaik bagi komoditi mereka.

Bagi petani kecil, perubahan itu menyebabkan mereka sukar berdaya saing dengan syarikat besar yang mungkin melakukan manipulasi harga, mengakibatkan petani kecil hilang jaminan harga barangan asas seperti gandum dan beras.

Bagaimanapun, kerajaan berpandangan pembaharuan itu akan membuka peluang baharu dan membolehkan kumpulan petani mendapat harga lebih tinggi bagi produk mereka berasaskan permintaan pasaran.

Dalam pada itu, pemimpin kesatuan petani memberi jaminan tunjuk perasaan itu tidak akan mengganggu perkhidmatan kecemasan atau kehidupan masyarakat biasa.

– AGENSI

Source: Protes Petani India Merebak Ke Seluruh Negara Terus Peningkan Kepala Modi – MEDIA RANIA

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

  • 1,367